Trend Terbaharu ! Cara Dropship Automatik Dan Jana Duit Dengan Shopee.

Sunday, 29 September 2013

My Stories 1


Hari ini saya bersyukur kerana keluarga saya sihat dan sentiasa menyokong tindakan saya untuk Kaya dan Berjaya. Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah usahawan yang tidak mempunyai modal dan pengalaman dengan pantas dan berkesan untuk mendapat ribu ribuan sehingga juta jutawan dengan tips dan kaedah yang mudah di fahami oleh usahawan atau bakal usahawan.

Beberapa tahun yang lalu, saya seorang akauntan yang bertauliah di sebuah syarikat yang 'gah' di Kuala Lumpur, saya  berhenti kerja untuk menjadi usahawan. Saya membuat produk kosmetik dan kesihatan untuk perempuan dan lelaki dengan kawan saya. Saya melaburkan semua simpanan saya yang saya simpan selama 3 tahun.
Tapi semuanya hangus, kerana dengan ilmu yang ada di dalam dada yang dipelajari di Universiti tidak cukup. Betul kata Dr Azizan Osman, tanpa Mentor kita tidak akan kemana-mana. Kini saya baru balik dari Program Intensif Jutawan Industri 2013. InsyaAllah saya akan berusaha 500% untuk diri saya dan keluarga saya dan untuk yang memerlukan bantuan saya.

Saya masih berkerja disebuah syarikat membuat produk ALternatif Medicine di Puchong. Saya berkerja kembali selepas perniagaan saya tidak berjaya. Yang menjadi sedih barang yang dibeli seperti aset dan kelengkapan disita.

Kini selepas 3 tahun saya belajar membuat pemasaran, dan saya yakin saya boleh pergi lagi jauh dari sekarang dengan sokongan keluarga dan ibubapa saya.


Ini adalah episod pertama, InsyaAllah saya akan update lagi semua perkongsian ini adalah untuk bertujuan teladan bersama .

No comments:

Post a Comment