Trend Terbaharu ! Cara Dropship Automatik Dan Jana Duit Dengan Shopee.

Monday, 30 September 2013

APA USAHAWANAN PERLU TAHU?




Untuk menjadi usahawan anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang tidak begitu mudah. Kata pepatah  'Nak senang bukanya muadah, tetapi kalau tahu cara, anda boleh jadi Jutawan'. Oleh itu saya akan bagi beberapa kaedah untuk anda bersedia untuk menjadi usahawan yang kaya dan berjaya.Dengan kaedah ini, anda akan lebih jelas dan bersedia yang bakal akan anda hadapi walau anda telah belajar di Universiti seperti Pemasaran, Perniagaan dan Pengurusan. Sebenarnya tidak cukup. Anda perlu mempunyai mentor dan menguasai berbagai kemahiran untuk mempastikan perniagaannya bukan sahaja maju tetapi juga berdaya saing, berkembang dan bertahan lama.untuk berjaya.Di bawah mempunyai 5 kaedah yang perlu anda mahir:Kaedah 1  pemikiran kreatif dimana anda perlu mempunya mental sangat tajam atau pantas untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anda juga perlu kreatif sekiranya anda mempunyai produk sendiri atau servis yang mempunyai persaingan yang banyak. Anda perlu membuat sesuatu yang UNIK dimana, persaing tidak mampu bersaingan anda.Kaedah 2 mengambil risiko dimana usahawan sanggup berusaha mencapai satu matlamat, seperti jika anda mempunyai saham, anda perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ini, jika tidak anda akan mengambil risiko yanng tinggi iaitu rugi.Kaedah 3 mencari sumber dalam perniagaan. Disini anda perlu mempunyai kemahiran mencari kewangan selain dari Institusi Kewangan seperti TEKUN, MARA, PUNB dan TABUNG EKONOMI BELIA sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Usahawan sudah sedia maklum dengan fungsi agensi-agensi ini yang sememangnya banyak membantu terutama bagi mereka yang ingin memulakan sesebuah perniagaan. Agensi yang terlibat memainkan peranan yang sangat penting terutama dalam memberikan pembiayaan dan modal permulaan dalam sesebuah perniagaan. Maka, tidak perlulah kita mencari pihak yang menyediakan pinjaman secara haram yang kelak merugikan masa depan sendiri dan juga keluarga sahaja. Kita perlu merujuk kepada agensi yang telah diluluskan dan dipercayai ketelusannya dalam memberikan pembiayaan kepada bakal usahawan.Kaedah 4 komunikasi dalam perniagaan. Komunikasi adalah sangat penting tidak kira walaupun offline atau online. Ini kerana dengan komunikasi dan bahasa yang teratur boleh mempunyai hubungan yang pantas dengan pelanggan. Bukan sahaja komunikasi dengan secara verbal mesti baik. Anda juga perlu tahu cara menulis surat samada formal atau tidak formal. Ayat pengiklanan sangat penting bagaimana kita hendak mempromosikan iklan kita ke persada dunia ini juga adalah komunikasi secara tidak langsung. Oleh itu jika anda rasa komunikasi tidak berapa memuaskan, baikilah tidak rugi pada anda. Malah, perniagaan anda akan meningkat.Kaedah 5 membentuk jaringan. Maksud jaringan disini adalah pelanggan. Tanpa pelanggan tiada kewangan. Jadi anda mesti mahir didalam membentuk jaringan.Kaedah 6 kejurujualan, kemahiran ini sangat penting dimana anda ingin memberi keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan yang anda akan berikan atau jual. Jadi anda mesti PAKAR dalam kemahiran ini. Anda tidak boleh mempunyai kemahiran hanya 1 atau 2, anda perlu mengabungan kesemua kemahiran seperti diatas untuk menyakinkan pelanggan anda bahawa produk atau perkhidmatan anda adalah yang terbaik didalam Asia.


No comments:

Post a Comment